MENU
 
 
Yong Peng ialah sebuah pekan di bahagian utara negeri Johor di Malaysia. Kawasan pekannya berkeluasan 1,911.6 hektar, dengan jumlah penduduk di sekitarnya seramai 29,046 orang. Sebahagian besar penduduk di pekan ini adalah orang Cina. Semasa zaman darurat di Tanah Melayu pada pertengahan dekad 1950-an, Yong Peng merupakan salah satu kampung baru Cina yang bertujuan untuk mengasingkan penduduknya daripada memberi bantuan kepada pihak komunis.Yong Peng kini mempunyai dua jalan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan, dengan Kuala Lumpur di utara, dan Johor Bahru di selatan.
 
Pentadbiran
 
Yong Peng ditadbir oleh Majlis Daerah Yong Peng (MDYP), dahulu dikenali sebagai 'Majlis Daerah Batu Pahat Timur'. Majlis Daerah Yong Peng diasaskan pada 1 September 1979. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng merangkumi Pekan Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong, Sri Medan, Kangkar Bahru, Parit Yaani, dan Lam Lee. Luasnya daerah Yong Peng sebanyak 12,680 hektar, dengan jumlah penduduk sebanyak 61,014 orang.
 
Makanan
 
Yong Peng memiliki banyak restoran yang menghidangkan masakan Fuzhou (Hock Chew). Ia termasyhur untuk mi goreng Fuzhou, Ayam Wain Beras Merah, serta juga Kepala Ikan Belanga.

Pautan Laman