MENU
 

PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH YONG PENG

Sistem perkhidmatan pelanggan MDYP sentiasa memberikan layanan mesra dan perkhidmatan terbaik semasa berurusan dengan anda melalui :-

  1. Memastikan notifikasi aduan diberikan dalam tempoh 24 jam.

  2. Layanan di kaunter akan diberikan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 minit selepas nombor giliran dikeluarkan.

  3. Memastikan lesen perniagaan dan iklan :

    • Lesen tidak berisiko akan dikeluarkan dalam tempoh 1 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

    • Lesen berisiko akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  4. Pelan-pelan permohonan yang diluluskan akan diperakukan dalam tempoh sebagaimana berikut :

    • Pelan Kebenaran Merancang (Kategori A dan B) : 98 hari

    • Pelan Kejuruteraan : 92 hari

    • Pelan Bangunan : 92 hari

    • Pelan Landskap : 98 hari

  5. Memastikan semua permohonan Pelan Bangunan diberikan keputusan selewat-lewatnya 92 hari bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  6. Memastikan semua tuntutan pembayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan yang lengkap diterima oleh jabatan.

  7. Pengeluaran bil cukai taksiran dalam masa 4 minggu sebelum bermulanya penggal baharu.
  8. Memastikan perkhidmatan kawalan wabak denggi kepada warga kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui aktiviti semburan kabus diambil tindakan 72 jam setelah menerima arahan.

  9. Memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan sosial kemasyarakatan dilaksanakan 24 kali setahun mengikut bilangan Ahli Majlis yang dilantik.

Pautan Laman