MENU
 

SUNGAI BEKOK YONG PENG

Suasana ditepi Sungai Bekok ketika sebelum merdeka. Terdapat banyak aktiviti masyarakat berbilang kaum yang dijalankan di sini. Antaranya ialah suasana perniagaan seperti pasar serta kawasan kanak-kanak sedang bermain. Jambatan ini menghubungkan Pekan Yong Peng untuk Parit Yaani, Parit Sulong dan Batu Pahat.

 

LARI DALAM GUNI

Mural ini merupakan kanak-kanak sedang berlari di dalam guni. Ia merupakan permainan tradisi di zaman dahulu yang sangat digemari. Aktiviti ini dilakukan di masa lapang bersama rakan-rakan.

 

PERMAINAN TRADISI

Lukisan ini memaparkan suasana masyarakat dahulu yang sedang bermain permainan tradisi seperti gasing serta menarik upih. Kanak-kanak sering melakukan permainan ini di sekitar kampung. Suasana nyaman di kampung begitu terserlah dalam mural ini.

 

KAKI HANTU

Salah satu permainan tradisi yang dibuat dari batang buluh dan diletakkan pemijak supaya lebih tinggi bila berdiri. Kerap dimainkan ketika disawah padi ataupun dikawasan paya yang berair. Permainan ini juga kerap dijadikan satu pertandingan siapa paling pantas.

 

CENDOL

Merupakan minuman tradisi pelbagai lapisan masyarakat sejak dahulu. Perniagaan ini dijalankan di kaki lima ataupun gerai tepi jalan bagi memudahkan orang ramai menikmatinya.

 

KAMPUNG BARU

Suasana kehidupan masyarakat di Kampung Baru sebelum merdeka. Kelihatan di lukisan ini seorang lelaki tua sedang membawa cucunya dengan basikal.

 

PERMAINAN WAU

Merupakan permainan tradisi masyarakat melayu dahulu. Permainan ini biasanya dilakukan bersama penduduk kampong. Adakalanya juga mereka mengadakan pertandingan.

 

Pautan Laman