MENU
 
KEMPEN BAYAR CUKAI TAKSIRAN & MENANG

Syarat-syarat penyertaan cabutan bertuah adalah seperti berikut :-

a) Sila LIKE dan SHARE post ini serta LIKE page MAJLIS DAERAH YONG PENG.

b) Cukai Taksiran perlu dibayar untuk tempoh setahun 2021.

c) Tiada tunggakan cukai.

d) Pegangan berstatus Kediaman dan diatas nama individu sahaja layak menyertai cabutan bertuah. Pemaju, Syarikat atau Badan Kerajaan adalah tidak layak mengambil bahagian dalam kempen ini.

e) Nama pemilik didalam rekod cukai harta hendaklah sama dengan pemilik terkini, pemilik perlu melengkapkan maklumat pemilik pada borang I, (Borang pindah milik) dan borang J, (Borang waris) jika data berbeza.

f) Hanya dibuka untuk warga negara Malaysia sahaja.

g) Penyertaan dibuka bermula 1 Januari 2021 hingga 28 Februari 2021.

h) Bagi pembayaran secara online atau melalui agen pembayar penyertaan adalah secara automatik tanpa perlu menukarkan borang penyertaan.

i) Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja.

j) Setiap pemenang akan dihubungi melalui pos / telefon.

Kaedah tuntutan hadiah :-

1. Hendaklah mengemukakan resit bayaran asal.

2. Hendaklah mengemukakan kad pengenalan diri.

 

Pautan Laman