Aksi penuh dramatik mewarnai Perlawanan Akhir Piala Menteri Besar Johor 2025/26 apabila MDYP FC dan PTP FC terikat 1-1 sehingga tamat masa perlawanan. Keputusan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan kemenangan berpihak kepada PTP FC dengan jaringan 4-2. Walaupun kejuaraan tidak menjadi milik MDYP FC kali ini, pasukan tetap melangkah keluar dengan penuh maruah dan kebanggaan.
Syabas dan terima kasih kepada seluruh pemain, pegawai pasukan serta penyokong yang tidak henti memberi sokongan. Perjalanan ini bukan noktah, sebaliknya permulaan untuk bangkit lebih kuat pada kejohanan akan datang.
MDYP FC, terus berjuang! Walau tewas, tetap buas!
Ikuti sorotan lensa sekitar hari perlawanan melalui pautan berikut:

