15 May 2025
Program Ekspedisi Pendakian Ke Air Terjun Gunung Moakil, Sri Medan 2025 : Menyemai Semangat
Kecekalan & Kebersamaan Kakitangan MDYP
Air Terjun Gunung Moakil, yang terletak di kawasan Sri Medan menyajikan laluan mencabar tetapi penuh dengan panorama memukau. Air terjun yang tersembunyi di sebalik kehijaun hutan ini menjadi ganjaran paling berharga buat pendaki yang berani menyahut cabaran. Program pada pagi 15 Mei 2025 ini telah disertai oleh YBhg Tuan Haji Ahmad Nazri Bin Rebu, Tuan YDP MDYP, Setiausaha MDYP dan 30 orang kakitangan MDYP serta dibantu oleh 3 orang malim gunung.
